Saturday 19 November 2011

PEMBERITAHUAN

Pelajar-pelajar upper six boleh memuat turun (download) nota lower six dari blog:  http://notappcikguwong.blogspot.com/
Good Luck!!!!

SOALAN TRIAL PP1 2011 NEGERI PAHANG

Jawab semua soalan
Soalan 1
a) Nyatakan objektif-objektif bagi perniagaan.[2m]
b) Bagaimanakah kepentingan untung dapat mengembangkan perniagaan.[3m]
c) Nyatakan empat fungsi utama dalam suatu proses pengurusan.[2m]
d) Jelaskan secara ringkas pendekatan kuantitatif dan teori kontingensi.[2m]
e) Berikan fungsi belanjawan sebagai pengawalan dalam memastikan matlamat dicapai.[3m]
f) Jelaskan secara ringkas bentuk saluran pengedaran mendatar.[3m]
g) Berikan maksud merekayasa [2m]
h) Berikan ciri-ciri penilaian berkesan[2m]
i) Berikan kaedah yang digunakan untuk membayar gantirugi kepada sidiinsuran[3m]
j) Berikan faktor-faktor dalam bersinergi yang menyumbang kepada pengurusan efektif[3m]
Soalan 2
a) Huraikan maksud pengurusan sumber manusia dan berikan empat peranan pengurus sumber manusia[10m]
b) En Azmi adalah pegawai sumber manusia dari Ibu pejabat Syarikat yang ditugaskan untuk menerangkan tentang salah satu bahagian yang penting dalam pengurusan sumber manusia iaitu tindakan disiplin.Anda adalah salah seorang daripada peserta kursus tersebut yang mewakili cawangan anda dikehendaki memberikan penerangan kepada pekerja-pekerja dicawangan anda berkenaan dengan kursus tersebut.Penekanan dalam kursus tersebut adalah setiap hukuman yang dikenakan mestilah mengikut prosedur supaya apa jua tindakan yang dikenakan mestilah tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak pada masa akan datang
i. Jelaskan maksud tindakan disiplin dan dua jenis hukuman yang biasa dikenakan.[3m]
ii. Jelaskan proses tindakan disiplin mengikut prosedur yang betul[8m]
iii. Senaraikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi dalam menguatkuasakan tindakan disiplin.[4m]
BAHAGIAN B
Jawab dua soalan sahaja
Soalan 3
(a) Mengapa perniagaan perlu mendapat untung? (6m)
(b) “Keperluan manusia tidak terhad tetapi sumber pengeluaran terhad”.Jelaskan bagaimana perniagaan mengatasi masalah ini. (4m)
(c) Bincangkan pihak-pihak berkepentingan bagi sesebuah perniagaan (15m)
Soalan 4
(a) Perniagaan domestic amat penting kepada kemajuan ekonomi sesebuah Negara.Untuk
itu kerajaan telah memberikan pelbagai sokongan dan bimbangan bagi
memajukannya.jelaskan apa yang dimaksudkan dengan perniagaan domestic ini dan
apakah kepentingannya untuk kemajuan Negara. (8m)
(b) Rafie dan isterinya Suraya berhasrat menceburi bidang perniagaan dan mereka
berminat kepada perniagaan berteraskan perkhidmatan. Terangkan kategori perniagaan
bidang perkhidmatan yang boleh disertai oleh rafie dan isterinya (9m)
(c) Mengapakah terdapat lebih banyak perniagaan berbentuk perkongsian berbanding
perniagaan berbentuk syarikat yang beroperasi dinegara kita. Bincangkan (8m)
Soalan 5
(a) Berikan maksud motivasi dan berikan kepentingannya kepada organisasi (5m)
(b) Huraikan elemen-elemen yang terdapat dalam teori motivasi Herzberg (10m)
(c) Mr Dickson baru dilantik memegang jawatan pengurus disebuah kilang memproses
ayam. Sebagai seorang pengurus yang baru bagaimanakah beliau menjalankan
peranannya sebagai pendorong dan penyelesai masalah dalam syarikat berkenaan. (10m)
Soalan 6
(a)Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan promosi (3m)
(b) Huraikan kaedah sesebuah syarikat menentukan belanjawan promosi. (10m)
(c) Pengurusan logistic dan agihan fizikal memainkan peranan penting dalam fungsi
pengedaran. Ini kerana kelemahan dalam pengurusan logistic akan meningkatkan kos
produk.Jelaskan mengenai system logistic yang saling bergantungan antara satu sama
lain

Soalan 7
a) Pengurusan pengeluaran bukan satu bidang baru dalam perniagaan. Evolusi yang berlaku telah menyebabkan pengurus pengeluran sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran.
i. Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran[10m]
ii. Penekanan peningkatan kualiti secara berterusan telah menjadi agenda penting dalam pengurusan pengeluaran dalam usaha memuaskan hati pelanggan.Antara alat kualiti yang telah digunakan adalah kawalan proses secara Statistik(SPC).Jelaskan[10m]
b) Pembuatan luwes adalah salah satu konsep pengurusan pengeluaran moden.
i. Apakah maksud pembuatan luwes[2m]
ii. Jelaskan kebaikan dan berikan tiga kebaikan penggunaan sistem tersebut.[3m]
Soalan 8
a) Huraikan maksud pembuatan keputusan secara kualitatif dan pembuatan keputusan secara kuantitatif.[3m]
b) Markah prestasi bagi mata pelajaran pengajian perniagaan bagi 10 orang pelajar adalah 85,70,65,43,65,20,21,34,65,50. Berikan maksud dan tentukan min,median,mod,julat, dan sisihan piawai[11m]
c) i. Berikan maksud ketegangan.[2m]
ii. Jelaskan tiga faktor peribadi yang boleh menyebabkan ketegangan.[6m]
iii. Huraikan tiga tanda ketegangan individu.[3m]

Wednesday 16 November 2011

送给你们的加油歌!

《昨天、今天、明天》

昨天曾经走过的路,
今天是否一样分得清楚?
明天的路用今天的脚步
去走出未来的幸福。

昨天曾经拥有的梦,
今天是否一样收在心中?
明天的梦是否一样有彩虹?
一切都操在你手中。

用你的智慧去净化这个天地,
用你的爱心去创出一个奇迹。
把所有不美的昨天,
今天化为一个句点,
明天不必再去眷念。